Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius pada alam sekeliling kita. Oleh itu, program kitar semula haruslah diambil perhatian. Terdapat banyak barang-barang yang boleh dikitar semula seperti berikut:

Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred.




AKTIVITI KITAR SEMULA
Aktiviti kitar semula boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga boleh dilakukan di laman rumah anda. Sebagai contoh, mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur. Selain itu, engitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

Disamping itu, barang-barang kitar semula juga boleh digubah untuk menjadi perhiasan seperti pasu bunga.


BERITA MENGENAI KITAR SEMULA

Negara kita mempunyai 230 tapak pelupusan sampah dan jangka hayat tapak ini akan berakhir tidak lama lagi.
Aktiviti kitar semula dikenal pasti sebagai salah satu cara paling berkesan mengurangkan jumlah sampah sisa pepejal ke tapak pelupusan dan meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut.
Kitar semula juga mengubah sisa menjadi sumber bernilai, mengurangkan penggunaan bahan semula jadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.
Barangan yang dikumpul untuk dikitar semula boleh dijual dengan menghantarnya ke pusat kitar semula yang terletak di merata-rata tempat di seluruh negara.
Selain dapat mengurangkan jumlah sampah ke tapak pelupusan, kita juga dapat menukarkan sampah itu ke dalam bentuk tunai yang sedikit sebanyak dapat meningkatkan pendapatan peribadi.
Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia yang aktif dalam menguruskan aktiviti kitar semula sambil beramal.
Saya berkesempatan mengumpul barangan terbuang isi rumah dan menghantar barangan-barangan ini ke satu pusat pengumpulan barangan kitar semula milik sebuah NGO amal di Banting, Selangor, baru-baru ini.
Barangan terbuang yang dihantar termasuk kertas, kotak, botol plastik atau kaca dan juga bahan aluminium. Ramai sukarelawan sedia menanti untuk menerima dan mengasingkan barangan tersebut mengikut jenis.
Barangan ini kemudiannya dihantar ke kilang kitar semula untuk dijual dan hasilnya akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan seperti orang miskin.
Selain barangan kitar semula, pengunjung pusat ini juga boleh mendermakan barangan terpakai seperti beg, baju, mainan dan kasut.
Aktiviti ini dijalankan tanpa mengira agama dan bangsa malah setiap lapisan masyarakat boleh memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar di samping membantu insan yang memerlukan.
Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita mainkan peranan untuk kitar semula demi memelihara alam sekitar. Semoga Malaysia dapat terus melahirkan generasi yang sayangkan alam sekitar dan prihatin antara satu sama lain.
FAIRUZ ALIAA FADZIL
Universiti Kebangsaan Malaysia
© Utusan Melayu (M) Bhd